Followers

Harga Kek Terkini

CC Coklat (saiz M) - 16 biji --> RM55
CC Coklat (saiz S) - 16 biji --> RM50
CC Coklat (saiz S) - 25 biji --> RM60

Kek Coklat Moist (buttercream) - 1/2kg --> RM40
Kek Coklat Moist (buttercream) - 1kg --> RM60

Kek Coklat Moist (Coklat Ganache) - 1/2kg --> RM45
Kek Coklat Moist (Coklat Ganache) - 1kg --> RM65

Kek Red Velvet (1 kg) --> RM60
CC Red Velvet (saiz M) - 16 biji --> RM60
CC Red Velvet (saiz S) - 16 biji --> RM55
CC Red Velvet (saiz S) - 25 biji --> RM70

Kek Lobak (Carrot) + Walnut (1kg++) ---> RM80

Kek Pelangi (1/2kg) ---> RM70
Kek Pelangi (2kg) ---> RM110

Princess Cake (1kg) --> RM90

Cheese Tart (saiz 4.5cm) - (50 biji) ---> RM40

** Filling - blueberry, strawberry, orange, kiwi
---------------------------------------------------------------

Faezah's Cakes

Sebarang penempahan sila hubungi saya:

- 013 716 0695
(whatsapp)
- 012 244 6758
- ezanoor84@gmail.com
- FB page: FN Delicious Cakes
- Ig: faezah_cakes
-----------------------------------------------------------------

Delivery Charge

Pick Up Point - Traffic Light Lebuh AMJ menghala ke Paya Dalam / Tiang Dua atau Taman Paya Dalam
Bemban / Jasin - RM 25.00
MITC Ayer Keroh - RM 15.00

Bukit Beruang - RM 15.00

Batu Berendam - RM 20.00

Melaka Sentral - RM 20.00

Banda Ilir / Melaka Raya / MP - RM 20.00

Malim - RM 20.00

Cheng - RM 25.00

Klebang / Pantai Puteri / Tanjong Keling / Pulau Gadong / Bukit Rambai - RM 30.00

Sungai Udang / Bukit Rambai - RM 35.00

Merlimau / Sg. Rambai - RM 25.00

Air Molek / Kandang - RM10.00

Teluk Mas / Umbai - RM10.00

Alor Gajah - RM 40.00

Masjid Tanah - RM45.00

Kuala Sungai Baru - RM 50.00

Linggi - RM 60.00

Tangkak - RM 40.00

Bandar Muar - RM 35.00

---------------------------------------------------------------

Sunday, May 30, 2010

Beautiful Blogger???

1st time dapat award dari blogger lain untuk blog kek ni.. Terima kasih dan kredit untuk blog Raggedyanne. Tak geti nak menyebut. hehhe Minta maaf jugak sebab terlewat meletakkan award tersebut di sini.


1. Thank and link the person that gave you the award

~ Thank you n award yg cantik lg cute ada di atas.. *wink*~

2. Pass the award to 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic

3. Contact said blogs and let them know they've won the award

~ Saya akan blogwalking ya...~

4. State 7 things about yourself
  •  Baru nak masuk 26 tahun (tahun 2010). Muda lagi ke dah tua??? ~saya muda lagi ok. hehehe~
  • Single n available. Eh, ni masuk dalam kategori ke?? *wink* Sape2 berminat boleh isi borang... ekekek 
  • Anak sulung dari 5 beradik n saya seorang je heroin... (*_*) 
  • Study dalam bidang IT (BIT-UUM) tapi kini nak jadik chef plak... ok tak???
  • Suke melancong, window shopping... apa2 je la yang menghabiskan duit... huhu tapi saya juga suke menyimpan duit... ~teori apa ni???~
  •  Sangat suke memasak tapi tak suke mengemas. Tapi yang paling pelik, suke mengemas dapur. ada sesape nak wat calon isteri tak???
  • Seorang yang penyayang tapi garang kot.. Paling penting sangat setia... owh apekah???

Gold-Cream Cup Cakes

CC ini diorder oleh sahabat lama masa kat UUM dulu, Anem. Tahniah buat Anem sebab akhirnya bertunang jugak dengan Deq Wan. Kalau ingat2 kesah lama kat UUM, memang kelakar... Tapi yang paling bertuah adalah Anem. Sayang betul Deq Wan dengan Anem. Bertuah badan. Jom layan cc yg telah diorder oleh Anem.

Tahniah buat Anem & Deq Wan

Brown-Gold Cup Cake

Testimoni dari Anem:

Komen dari Anem & Izni adalah kawan baik Anem masa kat UUM

Anem turut tempah hantaran sekali bagi memudahkan dia semasa majlis. Anyway, thanx Anem. Nanti masa kahwin, aku datang ya... Insya Allah.


Saturday, May 15, 2010

Muffin & Chocolate Moist Cake

Muffin ini diorder oleh kawan baik aku masa kat Munshi dulu, Juliza untuk kakak sepupunya. Hasil dari hasutan mak Aju kepada Mak Long nya, maka aku kene wat muffin ini walaupun aku telah tolak mentah2 permintaan beliau... ekekek


Muffin

Order ini dari senior aku dulu masa kat Munshi. Tak silap aku pernah satu dorm dengan dia. Tapi tak ingat tahun bila. Dia minta nak try kek coklat. Mula2 minta 1/2 kg je, tapi akhirnya dia minta lagi 1/2 kg. Thanx sist sebab order. Jom layan gambarnya...

Chocolate Moist Cake


Friday, May 14, 2010

Brown-Cream & Purple Pink Cup Cake

CC ini diorder oleh junior aku masa kat Munshi dulu. Diorder oleh Ateq dan telah diberikan kepada Aziah untuk Hari Pertunangan Aziah. Terima kasih diucapkan kepada Ateq sebab order dan mungkin Aziah dan kawan2 berminat untuk order seterusnya. hehehehe

CC tema Coklat - Krim

Ini komen dari Aziah di FB. Terima kasih ye dik sebab suke cc akak...


CC ini pula diorder oleh pelanggan aku di tempat kerja, Adik Azny. Baru 1st time dia nak test cc aku ni dan dia minta cc vanila. Dah lama tak buat cc vanila ni dan dia ada sukatan tertentu dan tak boleh salah sukatan dan akan menyebabkan kek tak cantik. Sedih aku tengok kek tu tapi rasa kek tu ok. Juz kene letak cream, maka akan tetutup la segala kecacatan kek. ehhehe... Apa2 pun, feedback dari Ibu Azny, dia kata sedap. Alhamdulillah... senang hati aku... Jom layan pic nye...

CC tema ungu - merah jambu

Cup Cake Tunang & Kahwin

CC ini diorder oleh kawan kepada kakak Farida yang tinggal di Kandang. Nama tuannya Faizah gak, dia bahasakan dirinya Faiz. Kalau ikutkan saya pun penah menetap di Kandang selama 16 tahun tapi saya tak tau Faiz tu anak siapa. Bukan lupa nak tanya tapi segan pulak nak tanya lebih2. Nanti dia ingat saya nak menyebok pulak... kuikuikuikuikui... Faiz minta cc bertema oren-putih tapi dia minta letak bunga kuning sekali (kombinasi yang menarik). Akhirnya saya dapat cc bertemakan seperti logo JPAM. Rindu pulak kat JPAM. Ok, jom layan gambar2 di bawah.

CC tema Oren-Putih

Seterusnya, order dari kawan baik saya (Naadira) untuk hantaran majlis pernikahan kakaknya, Hashah. Dira minta cc berwarna Maroon-White. Tapi disebabkan saya tak pandai kombinasi warna ini, maka inilah hasilnya, seperti warna purple plum... huhu

 CC tema maroon-putih


Engagement Cup Cake

CC ini diorder oleh Farida sekali lagi untuk pertunangan adik kesayangannya. 

Hantaran cc sebelah perempuan untuk lelaki


Hantaran cc dari lelaki untuk perempuan


Ini pula cc untuk sepupu saya yang bertunang tapi tak dapat nak pegi sebab kerja.. Tahniah Intan.

Purple-White Cup Cake

CC ini diorder oleh junior saya masa kat Munshi dulu, Suriana n she is my regular customer... CC ini sempena birthday ayahandanya yg tercinta



Blue-Pink Cup Cake

Cup Cake ini diorder oleh kakak kepada Farida untuk saje2 makan dengan kawan-kawannya...



Ini sebelum diletakkan daun



Ini yang telah di touch up (tambah daun jek) heheh

Thursday, May 13, 2010

My sweetheart

Dah lama tak cite fasal baby gurl ni, Nur Wardah Amany. Ok,ini juz nk test guna hp. Isu nye akn dikupas kemudian. Tata