Followers

Harga Kek Terkini

CC Coklat (saiz M) - 16 biji --> RM55
CC Coklat (saiz S) - 16 biji --> RM50
CC Coklat (saiz S) - 25 biji --> RM60

Kek Coklat Moist (buttercream) - 1/2kg --> RM40
Kek Coklat Moist (buttercream) - 1kg --> RM60

Kek Coklat Moist (Coklat Ganache) - 1/2kg --> RM45
Kek Coklat Moist (Coklat Ganache) - 1kg --> RM65

Kek Red Velvet (1 kg) --> RM60
CC Red Velvet (saiz M) - 16 biji --> RM60
CC Red Velvet (saiz S) - 16 biji --> RM55
CC Red Velvet (saiz S) - 25 biji --> RM70

Kek Lobak (Carrot) + Walnut (1kg++) ---> RM80

Kek Pelangi (1/2kg) ---> RM70
Kek Pelangi (2kg) ---> RM110

Princess Cake (1kg) --> RM90

Cheese Tart (saiz 4.5cm) - (50 biji) ---> RM40

** Filling - blueberry, strawberry, orange, kiwi
---------------------------------------------------------------

Faezah's Cakes

Sebarang penempahan sila hubungi saya:

- 013 716 0695
(whatsapp)
- 012 244 6758
- ezanoor84@gmail.com
- FB page: FN Delicious Cakes
- Ig: faezah_cakes
-----------------------------------------------------------------

Delivery Charge

Pick Up Point - Traffic Light Lebuh AMJ menghala ke Paya Dalam / Tiang Dua atau Taman Paya Dalam
Bemban / Jasin - RM 25.00
MITC Ayer Keroh - RM 15.00

Bukit Beruang - RM 15.00

Batu Berendam - RM 20.00

Melaka Sentral - RM 20.00

Banda Ilir / Melaka Raya / MP - RM 20.00

Malim - RM 20.00

Cheng - RM 25.00

Klebang / Pantai Puteri / Tanjong Keling / Pulau Gadong / Bukit Rambai - RM 30.00

Sungai Udang / Bukit Rambai - RM 35.00

Merlimau / Sg. Rambai - RM 25.00

Air Molek / Kandang - RM10.00

Teluk Mas / Umbai - RM10.00

Alor Gajah - RM 40.00

Masjid Tanah - RM45.00

Kuala Sungai Baru - RM 50.00

Linggi - RM 60.00

Tangkak - RM 40.00

Bandar Muar - RM 35.00

---------------------------------------------------------------

Saturday, November 27, 2010

Chocolate Cake

Kek ini aku buat untuk adik aku sempena Majlis Persandingan beliau Sabtu minggu lepas (20 Nov 2010). Kek ini cuma backup sekiranya si sponsor kek tak bawa kek 3 tingkat yang dijanjikan..

Alhamdulillah, dia bawa kekyang dijanjikan. If dia tak sponsor, maybe aku dah buatkan kek 3 tingkat tu. Tapi yang ni bukanlah kek 3 tingkat sebab ini hanya backup, so aku buat saje2 untuk makan dengan family sahaja.

Ok jom layan pic. Tema kitaorg atas permintaan Angah, warna hijau. So aku pilih hitma-hijau atau putih-hijua. Cantik gak. Sebab seri hijau tu naik disebalik warna hitam... Haicehhhh... bahasa aku... berbunga2... hehhe


Cup Cake "Aril-Ida"

Kek Coklat Moist topping Coklat Ganache. Aku berangan nak wat macam Kek Coklat Idulgance Secret Receipe. Kan dia bulat besar (2kg) penuh dengan coklat. Kek ni lebih kurang besar kek SR la. Tapi ni tak sampai 2kg. Just 1.8kg.

Dalam kek ni, ada 3 layers... Setiap layer aku letak Mocha Cream... Sedappppp... Tapi sorry, lupa nak ambil pic yang dah potong...

Selamat Pengantin Baru Angah@Aril & Ida

Friday, November 26, 2010

Gold-White Cup Cake

Cupcake ini diorder oleh Farazatul (officemate aku) untuk majlis Pertunangan beliau. Ok layan pic ini...

 Set hantaran untuk Fara


Gold-White Cup Cake

Ok, pic ini diambil dari FB Faidhi.. Credit to him sebab tolong ambilkan gambar2 ni...

Inilah Fara...

 Hantaran dari Fara untuk sebelah lelaki...

Inilah cup cake yang saya buat... hehehe

Maroon-White Cup Cake



Cup Cake diorder oleh Saiful Helmi, kawan sekolah rendah aku... Dia ni musuh utama aku masa sekolah rendah sebab selalu fight markah... Dia budak pandai... So aku akur la akhirnya aku tesungkur... ekekeke...

Helmi minta cup cake tema maroon-white... Aku tau buat warna maroon (baru je test) tapi disebabkan aku takot rasa dia tak sedap, so aku jadikan merah je... Makin banyak pewarna, makin tak sedap. Tapi tu aku ada selitkan sikit bunga warna maroon... Ok la dari takde... 

Anyway, thanx Helmi... Nanti order lagi ye untuk anniversary pulak... hehehe


Order dari student Poli... Thanx ya...

Friday, November 12, 2010

Green Birthday Cake

Kek ini diorder oleh kawan mak (Cikgu Tadika Jaim) untuk birthday suaminya.



p/s: kawan mak kata, kek ni sedappppppppp... hehehe tq...

Birthday Cake


First of all, saya nak minta maaf dekat Shazreen yang dah order kek ini. Saya tak tau kat mana silapnya, kek yang ditunjukkan oleh Shazreen adalah kek fondant. Saya dah bgtau, saya memang tak pandai buat fondant. Saya memang tau buat, tapi saya memang tak berani untuk ambil order fondant. If saya berani mati pun ambil order fondant, hanya untuk cup cake sahaja. Saya tau kelemahan diri saya yang masih baru dalam arena kek ni.

Saya juga nak minta maaf kepada kawan / sedara Shazreen yang berharap kek ini sesempurna permintaan mereka. maybe Shazreen pun teruk kene marah dengan diorg sebab kek ini. 

Saya rasa nak menangis masa buat kek ini. Ambil masa terlalu lama, saya tak pernah buat kek 3 tingkat sebegini. Saya hanya mengambil order dan mencuba sesuatu yang baru. Tetapi ternyata, ia tidak sempurna seperti yang diharapkan.

Maaf Shazreen sebab kita ada miscomunication masa berurusan. Saya tau Ibu kepada Shobaan sangat2 kecewa. Saya dah cuba menerangkan keadaan sebenar dan mungkin hanya Shazreen je yang faham.

Anyway, terima kasih kerana sudi order. Harap kalian tidak serik order dengan saya. Terima kasih juga kepada Shazreen sebab puji kek tetap sedap even tak memenuhi permintaan. Terima kasih banyak2....


p/s: Sesiapa nak order kek ini, kene la amek risiko dan sangat susah untuk membuatnya. Serius aku serik... huhuh

Thursday, November 11, 2010

Birthday Cup Cake





Cup cake ini diorder oleh Fadhlina (ex classmate masa kat Munshi). Cup cake ini dihadiahkan kepada adiknya, Farah. Design yang Lin minta sangat simple. Tapi pesanan dari Lin, buat aku tak keruan nak buat kek ni. hehee

Sebenarnya mak Lin adalah cikgu KH aku dulu masa kat sekolah. Tapi masa hantar kat rumah Lin, mak dia takde. Anyway thanx ye Lin sebab order.... Next time bole order lagi.




Cup Cake Doorgift


Cup Cake ini diorder oleh Khadijah dari Bukit Katil. Cup cake adalah untuk doorgift yang diberikan kepada pihak lelaki. Thanx Eja sebab order. Eja ni kawan kepada Nor Haslizah (kawan sekolah rendah aku).


Aku ada tanya feedback dari Eja. Ini adalah sms dia yang telah aku save dalam Inbox email aku.


Chocolate Moist Cake with Ganache


Kek ini diorder oleh student Politeknik Merlimau.