First of all, saya nak minta maaf dekat Shazreen yang dah order kek ini. Saya tak tau kat mana silapnya, kek yang ditunjukkan oleh Shazreen adalah kek fondant. Saya dah bgtau, saya memang tak pandai buat fondant. Saya memang tau buat, tapi saya memang tak berani untuk ambil order fondant. If saya berani mati pun ambil order fondant, hanya untuk cup cake sahaja. Saya tau kelemahan diri saya yang masih baru dalam arena kek ni.
Saya juga nak minta maaf kepada kawan / sedara Shazreen yang berharap kek ini sesempurna permintaan mereka. maybe Shazreen pun teruk kene marah dengan diorg sebab kek ini.
Saya rasa nak menangis masa buat kek ini. Ambil masa terlalu lama, saya tak pernah buat kek 3 tingkat sebegini. Saya hanya mengambil order dan mencuba sesuatu yang baru. Tetapi ternyata, ia tidak sempurna seperti yang diharapkan.
Maaf Shazreen sebab kita ada miscomunication masa berurusan. Saya tau Ibu kepada Shobaan sangat2 kecewa. Saya dah cuba menerangkan keadaan sebenar dan mungkin hanya Shazreen je yang faham.
Anyway, terima kasih kerana sudi order. Harap kalian tidak serik order dengan saya. Terima kasih juga kepada Shazreen sebab puji kek tetap sedap even tak memenuhi permintaan. Terima kasih banyak2....
p/s: Sesiapa nak order kek ini, kene la amek risiko dan sangat susah untuk membuatnya. Serius aku serik... huhuh
No comments:
Post a Comment